ANAK MELAYU DICABAR !!!!! sudah tiba masanya anak melayu meningkatkan ilmu IT,agama dan sains.

Foto saya
no matrik:202241 alamat:w2/305 jalan jkr,kubang terap,17000 pasir mas,kelantan. tempat bertugas:M M rantau panjang. subjek:syariah 2,pendidikan quran sunnah,mustalah hadis dll.

17.2.10

aktiviti dan fungsi surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di sekolah-sekolah menengah

INI JURNAL SAYA UNTUK DIKOMEN......UNTUK ILMIAH KHASNYA............ http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/abhalimUKMkk.pdf Hubungan antara masjid dengan pendidikan dalam Islam amat sebati dan tidak boleh dipisahkan. Semenjak zaman permulaan Islam lagi penyebaran ilmu dan pendidikan bermula dari masjid. Semasa perkembangan keagungan Islam, bermula dari zaman Nabi Muhammad saw sehingga zaman khilafah Islamiah (Umaiyah-Usmaniah), telah banyak masjid telah didirikan bagi tujuan pendidikan kepada masyarakat Islam di samping peranannya sebagai pusat ibadah, pentadbiran dan kemasyarakatan. Sistem pendidikan Islam telah menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan yang utama. Contoh paling jelas ialah Universiti Al-Azhar iaitu universiti tertua dalam sistem pendidikan Islam yang berasaskan kepada pendidikan masjid. Keadaan yang sama juga wujud di Asia Tenggara dimana masjid menjadi pusat utama dalam sistem pendidikan Islam bagi masyarakat Islam setempat. Di samping itu, pengajian pendidikan Islam juga berlaku di rumah-rumah tok-tok guru di mana ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mempelajari asas-asas Islam. Sistem ini semakin berkembang dan bilangan pelajar juga semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan 1 masyarakat setempat mengambil usaha untuk mendirikan surau yang berhampiran dengan rumah tuan-tuan guru bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (Abdullah, 1989). Surau-surau ini menjadi pusat pengajian agama serta ibadah masyarakat setempat, dan di samping itu juga ianya menjadi pusat kemasyarakatan. Maka, surau atau musolla yang saiznya lebih kecil daripada masjid mempunyai hubungan yang sangat penting dengan perkembangan pendidikan Islam di Malaysia. Perkembangan dalam pendidikan Islam telah memberi kesedaran kepada keperluan pembinaan tempat bagi pelajar-pelajar menunaikan solat di waktu persekolahan. Hampir semua sekolah di Malaysia, khususnya sekolah-sekolah di bawah bantuan kerajaan, yang mempunyai pelajar-pelajar Islam mempunyai surau atau musolla mereka sendiri. Kemudahan surau ini membolehkan pelajar-pelajar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan di sekolah.

5 ulasan:

  1. Surau dan pendidikan Islam tidak boleh dipisahkan, malah ianya amat penting diwujudkan di sekolah-sekolah bagi memudahkan pelajar mempraktikkan ajaran Islam seperti berlatih sembahyang dan menunaikannya dengan sempurna.Surau juga adalah tempat yang paling baik untuk membina iman, ilmu, amal dan akhlak pelajar.Ianya bukan sahaja tempat ibadah dan musyawarah, tetapi sebagai tempat mengembangkan ilmu pengetahuan.Apabila pelajar sentiasa didedahkan dengan ilmu agama, gejala sosial dapat ditangani dan dibendung.

    BalasPadam
  2. Surau sekolah merupakan tempat yang paling baik bagi pelajar mempelajari ilmu agama, seterusnya mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam pendidikan Islam seperti latihan sembahyang ( amali solat ) dan sebagainya.Ia juga sebagai tempat membina iman, ilmu, amal dan akhlak. Apabila pelajar sentiasa diajar dan diasuh untuk menghayati ilmu agama, kejatuhan moral dapat diatasi dan dibendung.

    BalasPadam
  3. Surau sekolah sememangnya patut diwujudkan bagi membolehkan para pelajar menghayati dan mengamalkan apa yang telah dipelajari di dalam pendidikan Islam. Selain daripada menimba ilmu pengetahuan, mendengar tazkirah dan peringatan, surau sekolah juga berfungsi sebagai tempat amali dan praktikal seperti berlatih sembahyang,belajar cara mengkapan jenazah dan sebagainya.Didikan Islam yang mendalam harus diberikan kepada para pelajar demi melengkapkan diri mereka menghadapi arus zaman globalisasi ini, justeru itu surau sekolah mesti dihidupkan dan dibangunkan agar aktiviti keagamaan dapat dilaksanakan.

    BalasPadam
  4. Surau sekolah sememangnya patut diwujudkan bagi membolehkan para pelajar menghayati dan mengamalkan apa yang telah dipelajari di dalam pendidikan Islam. Selain daripada menimba ilmu pengetahuan, mendengar tazkirah dan peringatan, surau sekolah juga berfungsi sebagai tempat amali dan praktikal seperti berlatih sembahyang,belajar cara mengkapan jenazah dan sebagainya.Didikan Islam yang mendalam harus diberikan kepada para pelajar demi melengkapkan diri mereka menghadapi arus zaman globalisasi ini, justeru itu surau sekolah mesti dihidupkan dan dibangunkan agar aktiviti keagamaan dapat dilaksanakan.

    BalasPadam
  5. aslmkm .....
    Mutakhir ini ramai cerdik pandai dan golongan koporat ingin melihat surau dan masjid berfungsi/digunakan secara optimun dan lebih bermakna.
    Dlm konteks sekolah , surau mestilah digerakkan dgn dmanfaatkan ruang dan masanya agar tidak ada yg terluang. Kekurangan bilik darjah juga dapat diatasi.
    Kita banyak bergantung kepada takwin islam bagi menjayakannya.
    Terima kasih atas artikel yang baik ini.

    BalasPadam