ANAK MELAYU DICABAR !!!!! sudah tiba masanya anak melayu meningkatkan ilmu IT,agama dan sains.

Foto saya
no matrik:202241 alamat:w2/305 jalan jkr,kubang terap,17000 pasir mas,kelantan. tempat bertugas:M M rantau panjang. subjek:syariah 2,pendidikan quran sunnah,mustalah hadis dll.

21.3.10

pengumuman penting

1. KAD MATRIK Pelajar yang belum lagi mendapat kad matrik kerana tidak ambil gambar semasa di UUM dulu, sila serahkan kepada ustaz efendy: sekeping gambar berukuran passport dan disertakan dalam CD serta berlatarbelakang warna merah dengan SEGERA. 2. PELAJAR TIDAK HADIR PERJUMPAAN Rakan-rakan yang tidak hadir perjumpaan pada 20 Mac 2010 (Sabtu) di Kompleks Purnama sila jumpa YDP PGSABK (Cikgu Wan)di SMU(A) Sullamiyah, Bunit Payung. No Tel : 017-9191412. 3. PEMBETULAN UNTUK SURAT KWSP Pelajar yang ingin membuat pembetulan kesilapan nama/No. Kp/No Matrik pada surat permohonan pengeluaran wang KWSP sila serahkan kepada ustaz efendy selewat-lewatnya pada 22 Mac 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki. 4. PEMBENTUKAN KUMPULAN Untuk memudahkan pengurusan sesi baru pengajian kita, adalah diharapkan ketua-ketua kumpulan dapat menghantar senarai nama ahli kumpulan seramai 20 atau 21 orang berserta No Matrik kepada Ustzh. Fatma. Ketua-ketua kumpulan yang dipilih hendaklah seorang yang aktif membuka blog dan boleh membantu pihak pengurusan untuk menghubungi ahli-ahli di bawahnya sekiranya terdapat sebarang makluman penting dan segera agar ahli-ahli kumpulannya mendapat maklumat dengan segera. 5. BUKU PENGURUSAN BILIK DARJAH (Dr Hassani) Pelajar yang telahpun membuat bayaran sebanyak RM 20.00 tetapi belum mendapat buku tersebut, sila maklumkan kepada Ust. Maliki untuk tindakan selanjutnya. 6. WANG TABUNG Untuk makluman rakan-rakan sekalian, wang tabung untuk sesi baru pengajian kali ini ditetapkan sebanyak RM 10.00 untuk tujuan berikut; a) Fotostat nota dan lain-lain yang berkaitan dengan pengajian b) Sumbangan kepada rakan-rakan sepengajian / anak-anak yang sakit c) Cenderahati kepada pensyarah d) Lain-lain keperluan penting untuk munafaat bersama Adalah diharapkan para pelajar dapat menyumbang dengan segera melalui Ust. Maliki dan Ustzh. Normadati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan